ELEMEN & PRINSIP

ELEMEN REKA BENTUK

       Sebelum memulakan sesebuah rekabentuk atau karya, perlu diketahui beberapa perkara asas iaitu ELEMEN dan PRINSIP seni. Sebelum saya masuk ke kelas Asas Reka Cipta ni saya tak tahu pon PRINSIP dan ELEMEN ini penting dalam rekabentuk. Perkara ni selalu diabaikan atau dilupakan oleh kita sebelum memulakan sesuatu karya.

       ELEMEN ini adalah benda yang paling asas.tersebut untuk membentuk satu prinsip yg baru seperti harmoni ,kontras atau ryhtm/irama.



Garisan (line) 

        Garisan merupakan satu laluan (path) antara dua titik. garisan boleh jadi lurus, melengkung, tegak, mengufuk, pepenjuru, atau zig-zag. Garisan disifatkan sebagai gerakan dan arah atau haluan. Garisan juga merupakan suatu yang tersirat di mana ia menggantikan fikiran apabila beberapa titik berkedudukan secara geometri dalam satu rangka. Contohnya, meletakkan empat titik di satu muka surat yang membentuk segi empat boleh menyifatkan titik-titik tersebut berhubungan apabila fikiran mencari bentuk corak yang dapat dikenalpasti. Tepi bentuk dan rupa bentuk menghasilkan garisan.



 Arah dan orientasi satu garisan boleh juga menandakan perasaan tertentu. Garisan melintang menandakan sebagai ketenangan dan berhenti, manakala garisan menegak menandakan kuasa dan daya. Garisan condong menandakan sebagai gerakan, tindakan dan perubahan. Garisan melengkung atau garisan berbentuk S menandakan senyap, tenang dan perasaan berahi. Garisan yang bertumpu menandakan kedalaman, skala dan kejauhan iaitu pagar atau jalan yang bertumpu memberi jarak ilusi daripada imej dua dimensi menjadi kedalaman tiga dimensi. Garisan merupakan elemen grafik yang berkesan kerana garisan boleh membimbing pandangan mata.


Bentuk (Shape)

       Bentuk ditakrifkan sebagai kontur yang tertutup dan merupakan elemen yang ditakrifkan melalui parimeternya. Bentuk adalah rata serta mempunyai panjang dan lebar. Contoh bentuk asas ialah bulatan, segi empat tepat dan segi tiga seperti rajah di sebelah.




Ruang (Space)

        Ruang ialah kawasan yang disediakan untuk tujuan tertentu. Ruang boleh menjadi dua dimensi (mempunyai panjang dan lebar) seperti lantai atau mempunyai tiga dimensi (mempunyai panjang, lebar dan tinggi). Ruang mempunyai latar belakang (background), latar depan (foreground) dan pertengahan (middle ground). Ruang merujuk kepada jarak atau kawasan sekitar antara atau dalam sesuatu komponen.


Warna

     Warna adalah elemen penting dalam setiap rekaan (design) ketika mereka bentuk identiti rekaan. Penggunaan warna dalam seni tidak terbatas kepada pantulan atau pembiasan cahaya, tetapi warna digunakan untuk reka bentuk menjadi lebih menarik. Terdapat tiga jenis warna iaitu warna primer, warna sekunder dan warna tertiari. Kebiasaanya, kombinasi warna yang digunakan adalah kontras/bertentang untuk menjadikan rekaan lebih menarik. Sub elemen yang dimasukkan dalam warna ialah 'nilai' / value, yang menentukan perbezaan antara kecerahan dan kegelapan bagi shade.



Tekstur

     Tekstur digunakan untuk membuat rupa permukaan dan berkaitan dengan rias bentuk tertentu. Tekstur merujuk kepada kualiti permukaan bagi bentuk iaitu sama ada licin, kasar atau berkilau. Tekstur boleh menjadi secara tekstil atau secara visual.



Nilai (Value)

    Value atau juga dikenali kecerahan (brightness) merujuk kepada perkaitan antara pencahayaan dan kemalapan warna atau sampel. Value berbeza sama ada hue wujud atau tidak. Value mudah difahami sebagai nilai berskala siri iaitu dari gelap ke cerah tanpa kehadiran hue seperti rajah di sebelah.

     Putih ialah value yang tertinggi. kelabu sederhana pula ialah titik tengah antara hitam dan putih. Hitam pula ialah value yang terendah. Di bawah ditunjukkan Perubahan yang berlaku pada imej apabila brightness diselaraskan daripada kemalapan ke kecerahan




PRINSIP REKA BENTUK VISUAL

Prinsip visual berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Terdapat 6 prinsip dalam reka bentuk visual iaitu C.A.S.P.E.R.





1.    C - Contrast (kontras)

Prinsip kontras mengatakan bahawa jika 2 item tidak serupa, maka perbezaan itu hendaklah diperlihatkan dengan ketara seperti warna hitam dan warna putih. Idea utama di sebalik kontras adalah untuk mengelakkan unsur di dalam suatu muka surat kelihatan hampir sama. Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi. Contoh: kontras antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis kasar, warna sejuk dengan warna hangat.



2.    A - Alignment (Seimbang)

Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang. Terdapat 2 jenis seimbang iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal.

Seimbang formal bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian visual samada kiri dengan kanan   atau atas dengan bawah. Cth: jongkang-jongkit  yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah.

Seimbang tidak formal bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Contohnya, jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi ianya bukan beban atau bahan yang sama jenis, cuma beratnya sahaja yang sama. 

Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan.



3.    S - Simplicity (Simplisiti)

Simplisiti bermaksud  sesuatu rekaan   haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.

Visual yang mengandungi sedikit elemen adalah lebih baik , kerana mudah dilihat.  Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan.

Lukisan hendaklah jelas dan terang.  Garisan luar ( outline ) hendaklah dibuat dengan garisan tebal. Garisan-garisan kecil harus ditinggalkan kerana garisan-garisan kecil yang terlalu banyak akan mengelirukan. 




4.    P - Proximity (Penyatuan)

Penyatuan ialah perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu kesuluruhan. Dengan kata lain, elemen-elemen seperti penghurufan, warna, bahan-bahan lain hendaklah saling melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.Penyatuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.






5.    E - Emphasis  (Dominan)

Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek  atau item  utama  mestilah       ditonjolkan  agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya.

Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan, antaranya ialah :
a)    Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third)

Peraturan satu pertiga berdasarkan kajian   bagaimana manusia menyaring sesuatu visual. Daripada kajian itu, didapati perhatian    tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada tempat-tempat lain.
b)   Warna dan bentuk yang kontras
c)   Saiz yang lebih besar
d)  Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama
e)   Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah  item utama
f)    Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas
g)  Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.






6.    R - Repetition

Prinsip ini menyatakan bahawa harus tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat tertentu. Unsur yang ditekalkan mungkin berupa fon yang dihitamkan, garis kasar, bullet yang serupa, warna, unsur reka bentuk, format tertentu, hubungan ruang dan sebagainya.









15 comments:

  1. terima kasih atas penulisannya, semoga murah rezeki penulis, aaminn :)

    ReplyDelete
  2. syok baca sambil dengar lagu. terima kasih penulis...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas segala usaha dan kita doakan semoga bisa lebih bahagia

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah... terima kasih moga murah rezeki dan ilmu yang dikongsikan ni sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  5. Tk jumpa tpi x pe alhamdullilah

    ReplyDelete
  6. PREVIEW TK JUMPA TAPI BEST?????

    ReplyDelete
  7. wtf u wanker ur ruining my mood fam ratio the writer

    ReplyDelete
  8. Lahhh awek x pakai tudung. Maluuuuuuu .bodo

    ReplyDelete
  9. Good!UTK semua maklumat elemen tapi ada sya kurang FHM sikit

    ReplyDelete