DEFINISI DAN KEPENTINGAN

DEFINISI REKA BENTUK VISUAL

Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat, atau berdasarkan penglihatan. Kebiasaannya, penggunaan visual dalam pengajaran dan pembelajaran digunakan dengan media pengajaran yang lain. Visual adalah media berbentuk paparan interaktif. Visual membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan. Muhamad Hasan A.Rahman (2000), berdasarkan piramid kadar pemerolehan pengetahuan menunjukkan penglihatan mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan, bau dan pendengaran. Ini menunjukkan bahawa visual membolehkan proses pemerolehan maklumat berjalan dengan berkesan.


     Kajian oleh Keislar dan Phinney (1973) cuba membuktikan samada pelajar tadika mampu mengaitkan 9 gambar haiwan dengan habitatnya (gambar). Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama telah diberi pendedahan kepada buku rujukan bergambar mengenai haiwan dan habitatnya, manakala kumpulan kedua tidak diberi buku rujukan. Kumpulan kedua terpaksa mencari ilmu secara ‘trial-and-error’. Hasil kajian menunjukkan bahawa kumpulan satu lebih berjaya daripada kumpulan kedua dari segi mengaitkan 9 haiwan dengan habitatnya.     Jenkins, Neale dan Deno (1967) melaporkan bahawa pelajar lebih berjaya mengenal stimuli yang ditayangkan dalam bentuk gambar daripada perkataan. Jenkins, Stack dan Deno (1969) telah mengajar 116 pelajar sekolah rendah untuk mengenal item (gambar atau perkataan) yang telah ditayangkan di skrin. Kedua-dua gambar dan perkataan telah dihasilkan dalam format slaid. Hasil kajian menunjukkan bahawa kumpulan yang didedahkan kepada gambar adalah lebih berjaya daripada kumpulan yang didedahkan kepada perkataan.




KEPENTINGAN REKA BENTUK VISUAL

        Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh para pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.




             Dalam proses pemilihan bahan pula sesuatu model reka bentuk pengajaran itu mampu membimbing dan membantu guru untuk membuat pilihan, menghasilkan serta menggunakan media tersebut secara lebih tepat berlandaskan kriteria yang dinyatakan seperti  bersesuaian dengan ciri-ciri pelajar, memenuhi objektif pengajaran serta melalui proses penilian bahan agar penggunaannya nanti lebih mantap, berkesan dan mendapat respons yang positif daripada pelajar. 

No comments:

Post a Comment